Langkah Mencapai Kedamaian
dengan Allah Maha Esa

    - Allah mengasihi
        kamu dan mahu kamu mengalami kedamaian dan kehidupan yang
        berlimpahan dan berkekalan. 
- Alkitab
        menyatakan: 
- "...kita hidup
        dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan
        kita." Roma 5:1 
- "Allah sangat
        mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan
        Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya
        kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati
        dan kekal." Yohanes 3:16 
- "...Aku datang
        supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang
        kelimpahan." Yohanes 10:10b 

    - Tuhan telah mencipta kita dalam rupa-Nya untuk menikmati
        kehidupan yang berkekalan. Allah tidak menjadikan kita
        sebagai robot untuk mengasihi dan menurut perintah-Nya
        secara automatik. Akan tetapi, Allah telah mengurniai
        kita dengan akal dan kebebesan untuk memilih.
-  
- Malangnya, kita telah memilih untuk mengingkari perintah
        Allah dan telah mengikuti jalan degil kita yang
        tersendiri. Dalam zaman ini juga, manusia masih memilih
        jalan sendiri. Ini mengakibatkan pemisahan kita daripada
        Allah.
-  
- Alkitab menyatakan:
-  
- "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah
        yang menyelamatkan mereka." Roma 3:23
-  
- "Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan
        kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah
        anugerah Allah." Roma 6:23

    - Dari zaman ke zaman, manusia telah mencuba berbagai-bagai
        ikhtiar untuk menutup jurang perpisahan ini... tanpa...
        hasil...
-  
- Alkitab menyatakan:
-  
- "Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju
        maut" Amsal 14:12
-  
- "Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu,
        apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu
        daripada-Nya." Yesaya 59:2

    - Yesus Kristus ialah jawapan tertunggal untuk masalah
        perpisahan ini. Dia mati disalib and telah bangkit dari
        maut; menebus hukuman dosa kita and menutup jurang antara
        Allah and manusia.
-  
- Alkitab menyatakan:
-  
- "...kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu
        pengantara antara Allah dan manusia, iaitu Kristus Yesus
        yang datang ke bumi sebagai manusia." 1 Timotius 2:5
-  
- "...kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan
        selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak
        bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya
        Dia dapat memimpin kamu [kita] kepada Allah" 1
        Petrus 3:18a
-  
- "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya
        kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita
        semasa kita masih berdosa" Roma 5:8


    - Kita mesti percaya akan Yesus Kristus dan menyambut-Nya
        ke dalam hidup kita dengan mengundang-Nya sendiri.
-  
- Alkitab menyatakan:
-  
- "Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk.
        Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku
        akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia
        dan dia makan bersama-sama Aku." - Wahyu 3:20
-  
- "Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya
        kepada-Nya, mereka diberi-Nya hak menjadi anak
        Allah" Yohanes 1:12
-  
- "Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa
        "Yesus itu Tuhan," dan kamu sungguh-sungguh
        percaya bahawa Allah telah membangkitkan Yesus daripada
        kematian, kamu akan diselamatkan." Roma 10:9
Adakah
terdapat sebab baik kenapa anda
tidak boleh menerima Yesus Kristus mulai sekarang?
Bagaimana
menerima Kristus:
    - 1. Mengaku
        keperluan anda. (Saya seorang pendosa).
 2. Anda mesti sanggup meninggalkan segala dosa-dosa anda
        (Bertaubat)
 3. Percaya bahawa Yesus Kristus mati untuk kamu di salib
        dan hidup semula setelah bangkit dari kubur.
 4. Melalui doa, menyambut Yesus Kristus ke dalam dan
        membenarkan-Nya mengendalikan hidup kamu melalui ajaran
        dan dorongan Roh al-Kudus (Menerima Yesus Kristus sebagai
        Tuhan dan Penyelamat).
 
- Apa yang harus
        didoakan?
-  
- Yesus Kristus,
-  
- Saya mengaku bahawa saya
        seorang yang berdosa dan memerlukan pengampunan-Mu. Saya
        percaya bahawa Engkau telah mati untuk dosa saya. Saya mahu
        meninggalkan dosa-dosa saya. Sekarang, saya menyambut
        Engkau ke dalam hati dan hidup saya. Saya mahu mempercayai
        dan mengikuti-Mu sebagai Tuhan dan Penyelamat.
-  
- Dalam nama Yesus saya
        berdoa, Amin.
-  
- Tandatangan________________________
-  
- Tarikh________________
    
        |  | Jika anda telah membaca doa ini, Al-Kitab menyatakan:
 "'Setiap orang yang berseru
        kepada Tuhan akan diselamatkan.'" Roma 10:13 | 
 
    - Adakah anda ikhlas ketika menyambut
        Yesus Kristus ke dalam hidup kamu? Di manakah Dia
        sekarang? Apakah yang telah Dia kurniakan kepada kamu?
-  
- "Hal itu demikian, kerana
        dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu
        percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha
        kamu sendiri, melainkan kurnia Allah --agar tidak ada
        orang yang memegahkan diri." Efesus 2:8-9
    
        |  | "Sesiapa
        yang mempunyai Anak Allah, mempunyai hidup itu; dan
        sesiapa yang tidak mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai
        hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya
        kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah
        mempunyai hidup sejati dan kekal." 1 Yohanes 5:12-13 
 
            Dengan menerima Kristus,
                kita 'dilahirkan' ke dalam keluarga Allah melalui
                kerja luarbiasa Roh al-Kudus yang hidup di dalam
                setiap pengikut Allah... ini dipanggil
                pembaharuan atau "kelahiran baru". | 
 
Ini hanyalah
permulaan satu kehidupan baru yang bagus sekali
dalam Kristus. Untuk meneruskan perhubungan ini, anda harus:
    -  
- 1. Membaca Alkitab setiap hari
        untuk mengetahui Kristus dengan lebih mendalam.
 2. Berdoa kepada Allah setiap hari.
 3. Menyebarkan berita baik mengenai Kristus kepada orang
        lain.
 4. Menyembah Tuhan, hidup bersaudara, dan berkhidmat
        bersama-sama umat Kristian yang lain dalam sebuah gereja
        di mana Yesus dikhutbahkan.
 5. Sebagai wakil Kristus dalam dunia yang penuh
        keperluan, nampakkan kehidupan baru anda dengan kasih
        sayang anda untuk makhluk Allah yang lain.
Semoga Allah memberkati anda.

[Home]