HAZRAT 'ISA YANG DISEBUT SEBAGAI TUHAN DAN JUGA ALLAH

Versi Indon

Hazrat 'Isa adalah satu keperibadian yang sangat unik, kerana sejak Dia dilahirkan sehingga kewafatanNya menjadi bahan topik yang tidak pernah berkesudahan. Sesetengah orang binggung disebabkan oleh nama 'Isa ,ada juga yang terhibur dan mempunyai harapan di dalam nama 'Isa dan ada pula yang marah dan sangat benci dengan nama 'Isa .

Nama yang unik ini sangat menarik perhatian untuk kita bincangkan.'Isa sememangnya manusia seratus peratus,dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki Dia adalah seorang manusia.Dia dilahirkan daripada seorang ibu yang juga merupakan seorang manusia,sehingga Dia juga dipanggil seorang Anak Manusia.'Isa juga dipanggil seorang Yahudi,kerana bapa bagi asal keturunannya adalah Daud,oleh sebab itu Dia juga dipanggil Anak Daud.

Dia yang makan kerana lapar,yang minum kerana dahaga,yang berehat ketika keletihan,yang berdoa di waktu kegelisahan dan yang memanggil Eloi Eloi lama sabakhtani serta yang mati di kayu salib itu adalah manusia 'Isa .

Untuk memahaminya dengan lebih jelas kita harus mengetahui prinsip atau dasar tentang kewujudan Allah sepertimana yang telah tertulis di atas,dan juga berdasarkan ayat-ayat Al-kitab juga menjelaskan:

  • Tuhan itu Roh

    "Sebab Tuhan adalah Roh dan dimana ada Roh Allah, di situ ada kemerdekaan" (2 Korintus 3:17)

  • Tuhan itu Allah

    "Dengarlah hai orang Israel:TUHAN itu Allah kita,TUHAN itu esa" (Ulangan 6:4)

  • Allah itu Roh-hakikat ini diajari oleh Hazrat 'Isa sendiri :

    "Allah itu Roh dan barangsiapa yang menyembah Dia harus menyembahNya dalam Roh dan kebenaran" (Yohanes 4:24)

Jadi dimanakah Roh Tuhan itu berada? Roh Tuhan itu berada di dalam diri 'Isa al-Masih, berfirman dan melakukan pekerjaan Tuhan,seperti yang dinyatakan oleh 'Isa :

"Percayalah kepada-Ku bahawa bapa ada di dalam Aku.Apa yang Aku katakan bukanlah datang daripada diriku sendiri tetapi bapa yang diam di dalam Aku.Dialah yang melakukan pekerjaanNya." (Yohanes 14:10)

Berdasarkan ayat tersebut jelas bahawa 'Isa dipanggil Tuhan kerana Roh Tuhan itu yang diam di dalam diri Hazrat 'Isa al-Masih, berfirman dan juga melakukan pekerjaanNya. Ayat lain juga mengatakan:

"Kamu memanggil Aku guru dan Tuhan,katamu tepat sebab Akulah guru dan Tuhan" (Yohanes 13:13)

Selain daripada dipanggil Tuhan,'Isa juga dipanggil Allah,mari kita teliti ayat di bawah ini.(di dalam Al-kitab Yesaya 9:5)

"Seorang anak akan lahir untuk kita;seorang putera akan diberikan untuk kita;lambang pemerintahan ada di bahuNya,dan namanya disebut orang;

  • Penasihat Ajaib
  • Allah yang Perkasa
  • Bapa yang Kekal
  • Raja Damai

Yesaya adalah seorang nabi yang hidup tujuh ratus tahun sebelum kelahiran 'Isa dan telah menuliskan Firman Tuhan,yang telah bernubuat (meramalkan) akan kelahiran seorang anak bagi manusia iaitu 'Isa al-Masih. Allah yang Maha Perkasa itu yang telah menjadikan langit dan juga bumi serta segala isinya dan juga Allah yang menyelamatkan,yang di sebut Juruselamat seperti yang tertulis:

".....Bukankah Aku ini Tuhan?Tidak ada yang lain,tidak ada Allah selain daripada Aku! Allah yang adil dan Juruselamat,tidak ada kecuali Aku." (Yesaya 45:21b)

Hazrat 'Isa al-Masih adalah Allah yang Perkasa. Allah yang adil dan juga Juruselamat kita. Allah yang Roh-Nya diam di dalam diri manusia 'Isa yang telah dilahirkan dua ribu tahun yang lalu, oleh kerana Dia memiliki sifat keilahian Allah, maka Dia boleh melakukan perkara yang tidak sanggup dilakukan oleh seorang manusia biasa.

'Isa , yang merupakan Juruselamat itu, telah mengajar tentang jalan penyelamatan kepada manusia dan bagaimana untuk memperolehi keselamatan dan juga kehidupan yang kekal di kerajaan Syurga, tetapi 'Isa telah dipersalahkan oleh orang-orang Yahudi sehingga berakhirnya dengan kematianNya di atas kayu salib, kematian beliau juga dalam keadaanNya sebagai seorang manusia.

Dia mati bukan sebagai Allah, kerana Allah itu tidak boleh mati, tetapi sebagai manusia seperti yang tertulis :

"Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya,supaya dosa kita diampunkan.Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah,supaya Dia boleh memimpin kamu kepada Allah.Dia dibunuh dalam keadaan jasmani,tetapi dihidupkan semula dalam kaadaan rohani."(1 Petrus 3:18)

Hazrat 'Isa telah dipersalahkan oleh orang-orang Yahudi kerana -walaupun Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, kerana Dia menggelarkan diriNya adalah Anak Allah, Firman Allah dan juga Juruselamat, maka dengan pernyataan itulah yang dianggap oleh orang-orang Yahudi dan juga ahli Taurat merupakan suatu kesalahan yang besar kerana 'Isa telah menyamakan diriNya dengan Allah.

Dihadapan 'Isa , orang-orang Yahudi telah mendakwa :

"...kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia,tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!".(Yohanes 10:33)

Atas tuduhan tersebut, 'Isa telah menjawab:

"Tidakkah tertulis di dalam kitab Taurat kamu:Aku telah berfirman "kamu adalah Allah.Jika mereka,kepada siapa firman itu disampaikan disebut Allah sedangkan kitab suci tidak dapat dibatalkan,masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang diutuskanNya ke dalam dunia:engkau mengkufuri Allah!..."(Yohanes 10:34)

"Aku sendiri telah berfirman:"kamu adalah Allah" (mazmur 82:6)

Ayat ini juga menjelaskan kematian hazrat 'Isa sebagai manusia biasa:

"Namun kamu akan mati seperti manusia,dan nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa."(Mazmur 82:7)

Di dalam Al-kitab dijelaskan lagi dengan lebih jelas siapakah sebenarnya 'Isa al-Masih.

Hazrat 'Isa itu Allah

Pada mulanya adalah FIRMAN, FIRMAN itu bersama-sama dengan ALLAH dan FIRMAN itu adalah ALLAH.(Yoh 1:1) dan Yoh 4:24 ada mengatakan:"Allah itu adalah Roh dan barangsiapa yang menyembah Dia, harus menyembahNya dalam Roh dan kebenaran"

FIRMAN itu yang adalah ALLAH itu,dan juga ROH itu yang telah menjadi manusia:

"Firman itu telah menjadi manusia dan tinggal diantara kita,dan kita telah melihat kemuliaanNya,....."(Yoh 1:14)

Maka 'Isa berkata:

"Tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan bapa,dan Bapa bersatu dengan Aku,apa yang Aku katakan kepada kamu semua,tidak datang daripada Aku sendiri.Bapa yang tetap bersatu dengan Aku melakukan semua itu."(Yoh 14:10)

Dan Dia berkata:

"Jubah yang dipakaiNya berlumuran dengan darah dan namaNya ialah 'Firman Allah' (Wahyu 19:13).