KENAPA orang muslim percaya bahawa teks Al-Kitab (Bible) telah mengalami perubahan?
Al-Qur'an mengisytiharkan Al-Kitab sebagai diturunkan oleh Allah dan berkehendakkan keimanan pada Al-Kitab.
Surah 2:40-42,126,136,285; 3:3,71,93; 4:47,136; 5:47-51, 69,71-72; 6:91; 10:37,94; 21:7; 29:45,46; 35:31; 46:11
- Ayat-ayat di atas mengandaikan kewujudan dan adanya wahyu benar Allah yang diturunkan kepada manusia dalam zaman Nabi Muhammad.
Surah 3:71,93; 10:94; 21:71 - Seorang muslim yang benar wajib mempercayai dan beriman kepada semua yang diturunkan oleh Allah.
Surah 2:136; 4:136; 29:46 - Al-Qur'an tidak membeza-bezakan antara apa yang telah diturunkan dan diberikan oleh Allah.
Surah 2:136
- Ayat-ayat di atas mengandaikan kewujudan dan adanya wahyu benar Allah yang diturunkan kepada manusia dalam zaman Nabi Muhammad.
Al-Qur'an menyatakan bahawa tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah Allah.
Surah 6:34; 10:64; 6:115
NAMUN,
Al-Kitab dan Al-Qur'an tidak saling bersetuju.
Al-Kitab dan Al-Qur'an berbeza luas pada konsep-konsep keimanan dan keamalan mahupun yang paling asas.
TETAPI,
Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Qur'an, kewajipan memberi bukti adalah pada orang Islam untuk membuktikan bahawa Al-Kitab adalah salah DAN bahawa Al-Qur'an adalah betul.
- Al-Kitab telah disempurnakan 500 tahun sebelum Al-Qur'an diturunkan kepada Muhammad. Sekiranya, hari ini seorang penulis menerbitkan sebuah buku yang bertentangan fakta dengan sebuah dokumen sejarah yang ditulis pada masa ketika peristiwa yang bersejarah itu berlaku pada tahun 1497, si penulis yang menerbitkan bukunya itu mesti menunjukkan bahawa dokumen yang awal itu tidak tepat DAN menunjukkan juga bahawa apa yang diterbitnya itu adalah fakta benar.
- Dokumen sejarah itu yang ditulis pada ketika peristiwa bersejarah itu berlaku tidak perlu dibuktikan benar untuk menentang dokumen yang terkemudian itu. Tuntutan bahawa ia perlu dibuktikan benar adalah tidak logik, tidak rasional dan tidak berpegang kepada prinsip-prinsip sains sejarah.
- Dengan membuktikan bahawa dokumen yang awal dan lebih tua itu tidak tepat tidak bermaksud secara automatik bahawa dokumen yang terkemudian itu tepat. Dokumen yang terkemudian itu mesti boleh berdiri atas kaki sendiri dan membuktikan dirinya.
JADI MENGAPAKAH ORANG MUSLIM PERCAYA BAHAWA AL-KITAB TELAH MENGALAMI KORUPSI?
Dalam tahun 1064, Ibn-Khazem, ialah orang PERTAMA yang MULA menuduh bahawa Al-Kitab telah diubahkan dan dipalsukan. Tuduhan ini adalah untuk mempertahankan Islam terhadap agama Kristian kerana Ibn-Khazem menemui perbezaan dan kontradiksi antara Al-Kitab dan Al-Qur'an. Oleh kerana Ibn-Khazem percaya bahawa Al-Qur'an adalah benar, maka tidak hairanlah dia menuduh Al-Kitab palsu. Dia menyatakan bahawa, "Oleh kerana Al-Qur'an mestilah benar, maka teks-teks Injil yang bertentangan itu mestilah palsu. Akan tetapi, Muhammad mengarahkan kita untuk menghormati Injil. Oleh yang demikian, teks yang ada sekarang telah dipalsui umat Kristian selepas zaman Muhammad." Alasan Ibn-Khazem, tidak berdasarkan kepada apa-apa bukti mahupun fakta sejarah tetapi hanya kepada imannya, pemikirannya dan hasratnya untuk mempertahankan Al-Qur'an. Ini telah membawa kepada dirinya mengajar bahawa, "Umat Kristian telah kehilangan Injil yang diturunkan kecuali sedikit kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Allah sebagai perbahasan terhadap mereka."
TETAPI,
Ramai guru-guru Ugama Islam yang terkenal TIDAK percaya bahawa Al-Kitab telah mengalami perubahan dan MENERIMA ketulenan teks-teks Perjanjian Baru (New Testament) yang dimiliki kita HARI INI.
- Ali al-Tabari (meninggal 885) menerima teks-teks Injil
- Amr Al-Ghakhiz (869) " " " "
- BUKHARI (810-870) " " " "
(Beliau mengumpul beberapa hadith yang terawal dalam Islam, dan memetik dari Al-Qur'an sendiri untuk menyokong kepercayaan dalam ketulenan tek Al-Kitab Surah 3:72,78) - Al-Mas'udi (956) " " " "
- Abu Ali Husain Bin Sina (1037) " " " "
- AL-GHAZZALI (1111) " " " "
(mungkin sarjana Islam yang paling terkenal, beliau hidup selepas Ibn-Khazem tetapi tidak meneriman ajarannya) - Ibn-Khaldun (1406) " " " "
(Beliau hidup selepas Ibn-Khazem tetapi tidak menerima ajarannya, sebaliknya beliau mempercayai doktor-doktor Islam yang lebih awal.) - Sir Sayyid Ahmad Khan, pengasas Koleh Aligarh "Pada pendapat kami, pengikut-pengikut Mohammad, adalah tidak terbukti korupsi (tahrif-i-lafzi)... telah diamalkan."
- Fakhruddin Razi, berdasarkan kuasa Ibn Abbas, anak saudara Muhammad, "Orang Yahudi dan Orang Kristian awal, telah dicurigai mengubah teks Taurat dan Injil; akan tetapi pada pendapat guru-guru yang terkemuka dan ahli agama/ulama, adalah tidak praktis untuk mengubah teks tersebut, kerana kitab-kitab suci itu diketahui secara umum dan teredar luas, setelah diturunkan dari generasi ke generasi.
JADI,
MENGAPAKAH ANDA percaya bahawa teks Al-Kitab telah diubah?
MENGAPAKAH anda percaya pada Ibn-Khazem lebih daripada keterangan Al-Qur'an,kata-kata Muhammad, and 10 sarjana Islam termuka yang mempercayaibahawa teks-teks Al-Kitab adalah benar?
Sumber:
"Christians Answer Muslims", Gerhard Nehls, 1992
"Can We Trust the Bible?", J Wijngaard
"Al-Qur'an", A. Yusuf Ali
"Kitab al-Asnam", Ibn al-Kalbi, 1952
"Sahih al Bukhari", 6th ed. 1986
"The Islamic Christian Controversy", LCA 1996