Petikan-petikan Quran yang hilang
1. Al-MUSHAF: satu rekod teks Quran yang tidak lengkap.
Kita telah melihat bahawa tidak lama selepas kematian Muhammad, iaitu pada hari Yamama, ayat-ayat Quran yang dikatakan cuma diketahui oleh mereka yang terbunuh di dalam peperangan itu telah hilang untuk selama-lamanya. Kita juga bertemu dengan kejadian-kejadian dalam rekod sejarah teks Qur'an di mana rangkap ayat individu dan, kadang-kala, seluruh bahagian besar gagal disertakan ke dalam kandungan Al Quran. Pada hakikatnya, pendapat yang sebulat suara di antara ahli sejarah awal adalah bahwa Qur'an pada hari ini tidak lengkap. Abdullah ibn Umar, dalam zaman permulaan Islam, amat jelas mengenainya:
Ia dilaporkan dari Ismail ibn Ibrahim dari Ayyub dari Naafi dari Ibn Umar yang berkata: "Biar tiada di antara kamu yang berkata 'saya sudah memperolehi seluruh Qur'an'. Bagaimana dia mengetahui itu adalah kesemuanya sedangkan banyak bahagian Qur'an yang telah hilang? Lebih baik biar dia berkata 'saya sudah memperolehi apa yang ditinggalkan.' "(as-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 524) .
Terdapat banyak contoh yang dapat diberikan tetapi kita akan membataskan diri dengan memberikan contoh-contoh yang lebih dikenali untuk membuktikannya. Satu kes yang tipikal berhubungan dengan satu rangkap ayat yang berbunyi:
Agama dengan Allah adalah al-Hanifiyyah (petua yang tegak) dan bukan agama Yahudi atau Kristian, dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan akan mendapat ganjaran. (as-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 525) .
Menurut at-Tirmithi di dalam Kitab al-Tafsir-nya, satu daripada seksi Jami'nya, koleksi rekod hadithnya yang merupakan satu daripada enam gubahan utama tradisi kesusasteraan Islam yang bersampingan dengan Sahih al-Bukhari dan Muslim dan tiga sunan gubahan Abu Dawud, an-Nasai dan Ibn Maja, rangkap ayat ini pada satu ketika membentuk sebahagian daripada Suratul-Bayyinah (Surah 98) di dalam Qur'an (Noldeke, Geschichte, 1. 242). Ini berkemungkinan kerana ia bercantum dengan sempurna ke dalam aliran surah pendek ini, di antara ayat-ayat lain, yang mengandungi beberapa kata-kata yang muncul di dalam teks yang kehilangan, seperti diin (agama, v.5), 'aml (amalan, v.7), dan hunafa ( yang tegak, v. 4) , dan juga membezakan petua Allah dengan kepercayaan Yahudi dan Kristian.
Juga perhatikan di sini iaitu, sedangkan teks standard Surah 3.19 hari ini berbunyi innadiina 'indallaahil-Islaam - "agama sebelum Allah adalah al Islam (ie. menyerah)", Ibn Mas'ud membaca selain daripada al-Islam, al-Hanifiyyah, i.e. " petua yang tegak "( Jeffery, Materials, p. 32) , dan oleh demikian bersetindih dengan teks yang dikatakan sebagai sebahagian daripada Surah 98 oleh at-Tirmithi. Pada permulaan misi Muhammad, terdapat beberapa orang di Arab yang menolak penyembahan patung-patung berhala dan yang memanggil mereka sendiri hunafa, yang khasnya bermakna mereka yang mengikuti petua yang tegak dan menghina syahadat palsu di sekitar mereka.
Kemungkinan Muhammad pertama kali memiilih gelaran al-Hanfiyyah untuk menghuraikan kepercayaan dia sendiri tetapi, ketika agamanya memperolehi identiti tersendiri yang unik, dia menggantikannya pula dengan al-Islam dan memanggil penganutnya sebagai Muslim, yang menandakan mereka itu tidak sahaja pengikut-pengikut cara yang betul tetapi juga mereka yang berserah kepada Allah yang mendedahkan petua dan yang memerintahkan ketaatan kepadaNya. Ini akan memberikan penjelasan untuk kejatuhan tajuk berkenaan daripada Qur'an dan pembuangan rangkap baris ayat yang kita sudah pertimbangkan dari teksnya.
Terdapat bukti bahawa seluruh seksi Qur'an dikatakan hilang sekarang, seperti yang dikatakan dalam as-sunan al-Kubra dari al-Baihaqi, satu koleksi rekod hadith yang luas tetapi tidak di anggap sahih seperti enam gubahan utama lain tetapi ianya amat menarik dan penting. Ubayy ibn Ka'b berkata bahawa dia teringat kembali pada satu ketika apabila Suratul-Ahzab (Surah ketiga puluh tiga) adalah sepanjang Suratul-Baqarah (Surah kedua), yang bermakna ia sekurang-kurangnya mengandungi dua ratus baris ayat yang tidak terjumpa dalam teksnya hari ini (al-Baihaqi, As-Sunan al-Kubra, Vol. 8, p. 211). Kepentingannya adalah bahawa seksi yang hilang ini dikatakan mengandungi ayat-ayat yang mengenakan hukuman mati untuk penzina-penzina, yang kita akan pertimbangkan kemudian.
Terdapat bukti selanjutnya mengenai kehilangan seluruh surah daripada Qur'an hari ini. Abu Musa al-Ash'ari, seorang daripada pihak yang berpengetahuan mengenai teks Qur'an dan juga seorang sahabat Muhammad, telah dilaporkan berkata kepada penghafal-penghafal di Basra::
Kami pada satu masa ketika pernah mengucapkan satu surah yang menyerupai dalam kepanjangan dan ketegasannya kepada (Surah) Bara'at. Walaubagaimanapun, saya telah lupakannya dengan kecualian bahagian ini: "jika ada dua buah lembah penuh dengan kekayaan, untuk keturunan Adam, dia akan inginkan sebuah lembah ketiga, dan tiada apa yang akan memenuhi perut keturunan Adam tetapi debu ". (Sahih Muslim, Vol. 2, p. 501).
Rangkap baris ayat yang dia katakan yang dapat diingat kembali adalah salah satu daripada teks terkenal yang dikatakan hilang daripada Qur'an. Kita akan memberikan perhatian kepadanya sebentar lagi. Abu Musa meneruskan kata-kaanya:
Kami pada satu masa ketika pernah mengucapkan satu surah yang serupa dengan satu daripada Musabbihaat, dan saya tidak lagi ingatkannya, tetapi saya mengingati sebanyak ini: 'Wahai kamu yang percaya, kenapa kamu berkhutbah yang kamu tidak latih? ' (dan) 'ia diukir pada leher kamu sebagai satu saksi dan kamu akan diperiksa berkenaannya pada hari Kiamat'. (as-Suyuti, Al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 526) .
Tradisi ini dipetik mengikuti rekodnya yang terkandung di dalam Sahih Muslim di mana ia direkodkan selepas penyataan berkenaan mengenai surah yang menyerupai surah ke sembilan dan mengandungi rangkap baris ayat berkenaan dengan keturunan Adam (Vol. 2 , p. 501) . Musabbihaat adalah surah-surah Qur'an (nombor 57, 59, 61, 62 dan 64) bermula dengan perkataan Sabbaha (atau yusabbihu) lillaahi maa fiis-samaawati wal-ardth " Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah" (cf. Noldeke, 1. 245)
Perkataan-perkataan rangkap baris ayat pertama yang disebut oleh Abu Musa adalah serupa dengan yang dijumpa dalam Surah 61. 2 manaka teks yang kedua itu semacam dengan Surah 17. 13 ("Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka") yang hasrat menerangkan kenapa dia terutama teringat kembali dua rangkap ayat ini.
Kaum Muslim yang mendakwa bahawa Qur'an pada hari ini adalah serupa dengan yang disampaikan oleh Muhammad, tiada pernukaran, penambahan atau peninggalan, terpaksa berdepan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memang banyak yang telah kehilangan daripada teks piawai. Ada beberapa di antara mereka yang mengambil jalan keluar mudah dengan mengisytiharkan bahawa rekod-rekod ini adalah gubahan palsu, tetapi yang lain, lebih bercondong terhadap pandangan serius, mempunyai jawapan lain kepada masalah ini. Mereka berkata yang ayat-ayat ini telah dibatalkan dan pembatalan ini telah diperintahkan oleh Allah dalam riwayat Muhammad apabila Qur’an masih dalam proses disiapkan. Marilah kita memeriksa dakwaan ini.
2 . Al-Naskh Wa al-Mansukh: Ajaran Pembatalan (Pemansuhan)
Ini adalah satu doktrin yang ditolak oleh ramai orang Muslim kerana ia mencerminkan penglihatan yang tidak memihak terhadap sangkaan kesempurnaan teks Qur'an, tetapi ia pada umumnya di terima oleh kaum Muslim yang konservatif dan ulama-ulama ortodoks seperti Desai. Doktrin ini secara terus berdasarkan ajaran Qur'an sendiri, khususnya rangkap baris ayat berikut:
Apa saja ayat yang kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya. Tiadakah kamu mengetahui bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-Baqarah: 106)
Pada zaman permulaan Islam, ayat ini bererti bahawa sebahagian daripada Qur’an boleh menjadi mansukh (dibatalkan) apabila wahyu yang baru, iaitu teks naskh, diturunkan untuk mengantikan mereka. Kedua-dua orang pengulas yang agung, al-Baidawi dan Zamakshari mengutamakan ajaran bahwa ayat-ayat yang telah dibatalkan tidak harus lagi dibaca dan sebarang undang-undang yang bergantung kepada mereka harus juga dimansukhkan. Pada umumnya kepercayaan bahawa ayat-ayat yang dimansuhkan telah dipotong daripada Qur'an oleh Jibril (malaikat yang dikatakan telah membawa Qur'an kepada Muhammad Surah 2. 98), sungguhpun dalam kebanyakan kes kedua-dua teks asal dan pembatalan dictanya dikatakan masih ditinggalkan dan masih adalah sebahagian daripada teks Qur'an.
Ayat yang berkaitan dengan jelas menyatakan bahawa Allah memang membatalkan sesetengah ayatNya ("wahyu"), satu perkataan yang seringkali digunakan ke atas teks Qur'an seperti dalam Surah 3.7 di mana ia dikatakan bahawa sesetengah ayat Kitab (al-Kitab) yang di hantar kepada Muhammad adalah yang asas dan maknanya adalah nyata manakala yang lain adalah kiasan (CF. juga Surah 11.1). Tidak ada keraguan lagi bahawa Qur'an memang mengajar pembatalan ayat-ayat Allah dan, sedangkan perkataan ini digunakan dalam buku Qur’an untuk teksnya sendiri, penafsiran bahawa ia adalah ayat-ayat Qur'an sebenarnya yang dibatalkan tidak boleh dicabar berdasarkan penjelasan daripada Qur’an atau berdasarkan kemungkinan. Perkataan ayat adalah satu perkataan biasa Qur'an yang umunnya bermaksud "tanda-tanda" Allah (iaitu, petanda luarbiasa atau lain-lain untuk umat manusia), tetapi ia amatlah nyata bahawa bukan petanda ini yang dikatakan sebagai dibatalkan. Teks itu cuma boleh dirujuk kepada wahyu kitab, ia tidak boleh dirujuk kepada tanda-tanda sejarah sama sekali apabila ia sudah berlaku sebagai satu amaran kepada sesuatu bangsa. Sarjana Muslim amat sedar mengenainya dan soalan yang harus ditanya adalah, kitab yang manu satukah ia ditujukan?
Oleh demikian, sarjana Muslim zaman moden yang menafikan pembatalan sebarang ayat-ayat Qur'an, telah mengajar sebagai gantian bahawa teks ini merujuk kepada wahyu Allah kepada Yahudi dan penganut Kristian sebelumnya. Tafsiran ini tidak dapat di terima kerana Qur'an tidak meggunakan perkataan ayat untuk menghuraikan teks Tawraat (undang-undang, Kitab Yahudi, yang dikatakan diberikan oleh mereka oleh nabi Musa) dan Injil (Gospel, Kitab Kristian, dikatakan diberikan kepada mereka oleh Nabi Isa), ia juga tidak membuat cadangan bahawa kitab-kitab ini pernah dibatalkan.
Disebaliknya, Qur'an sendiri mendakwa sebagai sebuah kitab musadiqallimaa bayna yadayhi-" membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya "( Surah 3. 3), iaitu Tawraat dan Injil yang disebut khasnya dalam perenggan berikutnya. Oleh demikian Qur'an bukannya sebagai pembatalan wahyu yang dahulu tetapi sebaliknya, iaitu menetapkan mereka. Di bahagian lain Quran, orang Yahudi diperintahkan untuk mengadili dengan merujuk kepada apa yang ditulis di dalam Kitab mereka dan bukan mendekati Muhammad untuk pengadilan (Surah 5. 47) dan Kristian juga diperintahkan untuk berbuat begitu mengikut Kitab mereka (Surah 5. 50). Tambahan pula kedua-dua orang Yahudi dan Kristian dipanggil untuk berpegang kuat kepada Tawraat dan Injil masing-masing dan semua yang diwahyukan kepada mereka oleh Tuhan (Surah 5. 71).
Oleh itu, pembatalan yang disebutkan oleh Qur'an tidak boleh dirujuk kepada Kitab-kitab yang dahulu dan cuma boleh dirujuk kepada teks Qur'an sendiri, iaitu satu penafsiran secara umum mengenai ayat.itu pada zaman permulaan Islam. Masalah untuk penulis moden Muslim adalah dakwaan Qur'an bahawa ianya berasal daripada "batu bersurat yang terpelihara" (lawhim-mahfuudh Surah 85. 22) dan soalan yang timbul secara nyata - jika sebahagian daripada Qur'an telah dibatalkan dan dikeluarkan, adakah mereka terkandung di dalam batu bersurat di syurga atau tidak? Jika mereka ada terkandung, maka Qur'an hari ini bukanlah satu tiruan yang tepat teks pada batu bersurat itu kerana mereka tidak boleh dikeluarkan daripadanya, kerana Qur'an di anggap sebagai ucapan Allah yang kekal. Jika mereka tidak terdapat pada batu bersurat itu, bagaimanakah mereka disampaikan kepada Muhammad sebagai sebahagian daripada teks? Kita pulang kesentimen popular asal bahawa Qur'an terpelihara dengan sempurna oleh Allah, bah titik yang terakhir dan huruf tidak berubah, tiada perubahan, penambahan, pembuangan atau, , "pembatalan". Untuk memelihara anggapan ini yang popular, penulis moden Muslim terpaksa menggunakan satu penafsiran Surah 2:106 yang tidak dapat diterima kerana ia tidak dapat ditafsir daripada teksnya, berbanding dengan penafsiran yang nyata dan munasabah oleh ahli sejarah awal Islam iaitu sebahagian daripada teks Qur'an sudah dibatalkan.
Ajaran ini tidak sedap kepada Muslim yang berfikir dari segi alasan-alasan lain, misalannya ia mewakili Allah sebagai seorang pengarang ketuhanan yang membatalkan pengumuman awalNya seolah-olah Dia mempunyai sebab untuk menukar fikiranNya, atau sempat mendapat tindakan yang lebih baik. Walaubagaimanapun, teks itu bererti apa yang ia patut bererti pada mulanya, bukan apa penulis moden Muslim yang memaksa ia bererti menurut kecenderungan mereka sendiri.
Terdapat petikan-petikan lain di dalam Qur'an yang, dengan jelasnya, menyokong penafsiran yang nyata, seperti teks yang berikut:
Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat yang lain sebagai penggantinya padahal Allah lebih mengetahui aapa yang diturunkan-Nya, mereka berkata:"Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja". Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui. (QS. 16:101)
Ayat ini merujuk dengan jelasnya kepada penggantian dan penghapusan teks Qur'an sendiri, dan ia tidak berkata mengenai Allah menggantikan satu kitab (Tawraat atau Injil, misalan) dengan yang lain, tetapi Dia menggantikan satu ayat dengan ayat yang lain dan, seperti yang kita sudah lihat, di dalam Qur'an ini merujuk kepada rangkap ayat Quran sendiri dan bukan kepada wahyu yang dahulu. Ia sebenarnya adalah dakwaan ini, bahawa Allah sendiri telah menggantikan sesetengah teks Qur'an lebih awal dengan teks lain, yang menyebabkan penentang Muhammad menuduh dia sebagai seorang pemalsu, kerana ini kelihatan seperti satu cara yang mudah untuk menjelas-nafikan teks awal yang Muhammad pada masa itu telah lupa atau digantikan.
Setelah memastikan Qur'an memang mengajar bahawa Allah memansukhkan dan membatalkan petikan-petikan awal yang diwahyukan kepada Muhammad, seseorang itu hasrat berfikir bahawa penerimaan prinsip ini mencukupi untuk menunjukkan bahawa Qur'an hari ini adalah tidak lengkap. Sebenarnya, sebab inilah penulis moden Muslim mengetahuinya dan sebab inilah mereka menolak ajaran mansukh. Sememangnya Qur'an tidak boleh dianggap sebagai satu replika tepat yang disampaikan kepada Muhammad, dan juga tidak boleh di dakwa bahawa tiada yang hilang atau ditinggalkan. Disebaliknya kita masih mendapati Desai menggunakan ajaran mansukh ini sebagai satu alasan untuk kesempurnaan teks Qur'an! Dia berkata:
Pembatalan ayat-ayat oleh Allah Ta'ala semasa zaman Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) apabila proses Wahyu sedang dijalankan adalah satu fakta yang dikenali semua. … Sesekali satu ayat telah dimansukhkan atas izin dan kuasa Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam), ia tidak boleh disertakan di dalam teks Qur'an apa jua pun. (Desai, The Quraan Unimpeachable, pp. 48, 49).
Alasan ini bermakna bahawa ayat-ayat Qur'an yang hilang yang di rujuk oleh kesusasteraan hadith tidak boleh digunakan sebagai bukti bahawa Quran tidak lengkap atau sempurna. Ringkasannya, ia di anggap bahawa tiap-tiap teks Qur'an yang tidak dapat di kesan pada masa penyusunan, atau yang ditinggalkan atas sebab-sebab lain, mestinya telah dimansukhkan oleh Allah. Oleh itu, tiada yang sebenarnya "hilang" daripada teks - apapun jua yang dikeluarkan telah di padam oleh perintah tuhan supaya apa yang berkekalan adalah satu rekod tepat apa yang Allah cadangkan untuk dikekalkan. Kita mendapati bahawa bahkan Umar, yang di ganggu oleh pengetahuan Ubayy ibn Ka'b yang baik mengenai Qur'an, apabila di hadapi dengan teks-teks ayng diketahui oleh teman-teman Muhammad tetapi tidak oleh Khalifa, mendakwa bahawa mereka telah dimansukhkan.
Cerita Ibn Abbas: Umar berkata "Ubayy adalah di antara kita yang terbaik dalam ucapan (Qur'an) tetapi kita tinggalkan sesetengah apa yang dia ucapkan". Ubayy berkata, "saya telah mengambilnya daripada mulut mubaligh Allah (SAW) dan tidak akan meninggalkannya untuk apa jua pun". Tetapi Allah berkata: Apa saja ayat yang kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya.(2:106). (Sahih al-Bukhari, Vol. 6, p. 489) .
Secara nyata Ubayy amat yakin bahawa dia tidak patut mengabaikan apa yang dia pelajari dengan terus daripada Muhammad sendiri dan tindakan mereka yang tidak mengenali apa yang diucapkan oleh dia adalah untuk menganggap bahawa ianya telah dimansukhkan oleh Allah.
Kita memang ada satu kes yang nyata di mana satu ayat yang tidak dijumpai di dalam Qur'an hari ini, telah dikatakan dimansukhkan dalam kesusasteraan hadith. Apabila Muhammad berada di Medina, sesetengah puak penduduk berhampiran bandar yang taat setia kepadanya meminta bantuan untuk menentang musuh mereka. Muhammad turut menghantar tujuh puluh daripada ansar yang, apabila mereka tiba di Bi'r Ma'una (perigi Ma'una) di bunuh beramai-ramai oleh anggota-anggota puak yang mereka sepatutnya memberi pertolongan. Anas ibn Malik berkata:
Kita pernah membaca satu ayat Qur'an yang diwahyukan berkenaan mereka, tetapi ayat itu dibatalkan kemudian. Ia adalah: "sampaikan kepada orang kita atas nama kita informasi bahawa kita telah bertemu Tuan kita, dan Dia gembira terhadap kita, dan telah membuat kita gembira ". (Sahih al bukhari, Vol. 5, p. 288)
Perkataan uang digunakan untuk "dibatalkan" dalam hadith adalah rufa'a yang, di dalam bentuk asalnya rafa'a, bermakna "untuk ambil daripada, singkirkan, membasmi atau hapuskan". Ianya amat jelas di ajar dalam teks ini bahawa satu rangkap ayat, yang jelas dikatakan adalah sebahagian daripada Qur'an sendiri, kemudiannya telah dibatalkan. Teks ini di rekod yang dengan luasnya dan di antara sumber-sumbernya kita mendapati Ibn Sa'd, at-Tabari, al-Waqidi dan Muslim (Noldeke, Geschichte, 1. 246). Di tempat lain kita baca berkenaan teks itu ialah "diturunkan dalam satu rangkap ayat Qur'an sehingga ia ditarik balik" (as-Suyuti, Al-Itqan, p. 527), satu lagi bukti nyata yang rangkap ayat itu pada mulanya adalah sebahagian daripada teks Qur'an. Kesukarannya di sini, dan juga dengan kesemua laporan dalam kesusasteraan hadith mengenai rangkap-rangkap ayat yang ditinggalkan daripada teks Qur'an hari ini, adalah untuk mencari alasan kenapa ia harus "dimansukhkan" atau apakah rangkap baris ayat yang "lebih baik atau sebanding dengannya" yang sesuai mengambil alih tempatnya.
Qur'an dengan jelas menyatakan, dalam kedua-dua Surah 2. 106 dan 16. 101, bahawa Allah menggantikan ayat yang "lebih baik atau sebanding dengannya" dalam tempat teks asal. Oleh demikian kita di beritahu dalam satu bahagian Qur'an bahawa arak ada kedua-dua kesan iaitu yang baik dan yang buruk (Surah 2. 219) dan Muslim tidak patut bersembahyang dalam keadaan mabuk (Surah 4.43). Kemudian, bagaimanapun, penggunaan arak sama sekali dilarang (Surah 5. 93-94) dan rangkap ayat baru ini dikatakan telah menggantikan rangkap ayat dahulu (walaupun ianya masih berada dalam teks Qur'an). Ini adalah satu contoh yang munasabah dan tetap, apa yang kita akan perhatikan apabila Quran berkata bahawa tidak satu daripada wahyu Allah dibatalkan tanpa sesuatu mengambil alih tempatnya.
Hadith yang di petik berkenaan kegembiraan Allah dan mereka yang terbunuh di Bi'r Ma'una, bagaimanapun, tidak memberitahu kita apa yang menggantikan rangkap ayat yang dikatakan telah dikeluarkan. Begitu juga dengan petikan-petikan ayat lain yang kita sudah sebutkan - apa yang mengambil alih tempat mereka? Apakah naskh yang menggantikan tempat mansukh?
Ianya lebih munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa kebanyakan petikan-petikan ayat yang dikatakan tidak dimasukkan ke dalam Qur'an adalah kerana tersilap, atau tidak diketahui oleh kesemua teman Muhammad, atau cuma terlupa sahaja (seperti petikan yang dikatakan oleh Abu Musa yang mengandungi rangkap ayat berkenaan ketamakan umat manusia cf. Sahih Muslim, Vol. 2, p. 501). Percubaan Desai untuk menutupi tiap-tiap petikan yang dikatakan tidak dimasukkan ke dalam Qur'an dengan menggunakan selimut ajaran pembatalan samawi kelihatan seperti satu cara senang untuk menjelaskan dan mengetepikan ketidak-sempurnaan di dalam koleksi asal Qur'an dan teksnya yang tidak lengkap. Marilah kita membuat kesimpulan dengan mempertimbangkan dua contoh petikan terkemuka yang dikatakan sebagai sebahagian daripada Qur'an tetapi akhirnya tidak dimasukkan ke dalamnya.
3. Petikan ayat mengenai Ketamakan Umat Manusia yang hilang.
Kita telah memetik dari Sahih Muslim petikan ayat berkenaan ketamakan keturunan Adam, di mana walaupun dia diberikan dua buah lembah penuh dengan kekayaan, dia masih ingin menghasrati lembah yang ketiga dan tiada apa yang dapat memuaskan dia. Tradisi ini, kepada akibat yang ia pernah membentuk sebahagian daripada teks Qur'an, dilaporkan dengan begitu luasnya ia mesti betul dalam butir-butir asasnya. Pilihan as-Suyuti mengenai sesetengah rekod hadith lain yang menyebut mengenai teks ini menunjukkan betapa besarnya pihak yang menyokong, satu daripada berbunyi:
Abu Waqid al-Laithii berkata, "Apabila utusan Allah (saw) terima wahyu kita akan mendatanginya dan dia akan mengajar kepada kita apa yang diwahyukan. (Saya mendatanginya) dan dia berkata 'secara tiba-tiba ia diberitahu kepada saya pada suatu hari: Sesungguhnya Allah berkata, Kita menurunkan kekayaan untuk memelihara doa dan perbuatan derma, dan sekiranya keturunan Adam ada sebuah lembah dia akan meninggalkannya untuk mencari satu lagi seperti nya dan, jika dia memperolehi yang satu lagi sepertinya, dia akan menekan untuk yang ketiga, dan tiada apa yang akan memuaskan perut keturunan Adam tetapi debu, walaubagaimanapun Allah lembut hati kepada sesiapa yang lembut hati. ' "( As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 525) .
Rekod ini diikuti oleh satu tradisi yang serupa, di mana Ubayy ibn Ka'b dikatakan sebagai (transmitter) yang asal, memberikan rangkap ayat dalam perkataan lebih kurang serupa, kecuali sahabat Muhammad yang khasnya menyatakan bahawa Muhammad mengatakan petikan ayat ini sebagai sebahagian daripada Qur'an (al-Qur'an dalam teks) yang dia diperintahkan untuk diucap kepada mereka. Seterusnya adalah tradisi Abu Musa, yang lebih kurang serupa dengan rekod di dalam Sahih Muslim, yang mengatakan bahawa rangkap ayat itu adalah daripada sebuah surah yang menyerupai Suratul-Bara'ah dalam kepanjangannya, kecuali dalam kes ini Abu Musa tidak dikatakan sebagai telah melupainya tetapi ianya telah dikeluarkan (thumma rafa'at - "kemudian ia diambil keluar"), rangkapayat mengenai ketamakan keturunan Adam sahaja yang dikekalkan (As-Suyuti, al-Itqan, p. 525).
Beberapa pihak juga berkata bahawa rangkap ayat ini di baca oleh Ubayy ibn Ka'b selepas Surah 10. 25 di dalam mushafnya (Jeffery, bahan, p. 135) manakala rekod lain menyatakan ia juga dilaporkan oleh ibn Malik, Ibn Abbas, Ibn Zubair dan lain-lain (Noldeke, Geschichte, 1. 234) tetapi dengan ketidak-pastian samada ia adalah sebahagian daripada teks Qur'an atau tidak (Sahih Muslim, Vol. 2, p.500). Cuma Ubayy yang pasti bahawa ianya membentuk sebahagian daripada teks Qur’an. Tradisi ini adalah, oleh demikian, mutawatir, satu hadith kukuh yang mendapat pengesahan daripada sahabat-sahabat Muhammad di mana kuasa mereka tidak dapat di soal atau di cabar.
Ayat ini dikatakan oleh kedua-dua buah rekod hadith Abu Waqid dan Ubayy ibn Ka'b sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang diwahyukan kepada Muhammad dan, di dalam hikayat rekod Abu Musa seperti yang direkodkan di dalam pilihan As-Suyuti, ia dikatakan sebagai salah satu daripada ayat-ayat Qur'an, sememangnya sebahagian daripada seluruh surah, yang telah dibatalkan. Ianya juga diakui sebegini oleh pengulas Qur'an seperti Abu Ubaid dalam Fadhailnya al-Qur'an dan Muhammad ibn Hazm dalam Kitab al-Nasikh wa'l Mansukh, kedua-dua orang penulis menyatakan yang ia adalah satu teks Qur'an yang sah sebelum ia di tarik balik. Oleh demikian, ianya adalah satu daripada rangkap-rangkap ayat yang, walaupun Allah dikatakan telah menyebabkan ia lupa daripada ingatan manusia apabila ianya di tarik balik, tinggal di dalam ingatan sahabat-sahabat Muhammad dan telah dipelihara sebagai satu daripada ayat-ayat yang kehilangan daripada Qur'an.
4 . UMAR dan ayat Rajam sebagai Hukum bagi perzinaan.
Satu daripada ayat-ayat yang terkenal yang dikatakan di dalam rekod hadith sebagai kehilangan daripada Qur'an berhubungan dengan "ayat rajam" di mana Muhammad dikatakan telah diperintahkan untuk merajam sehingga mati mereka yang berkahwin tetapi melakukan penzinaan luar nikah. Semua rekod menyatakan bahawa Khalifah kedua Islam, Umar, pada satu ketika membawa bukti-bukti kewujudan ayat-ayat yang kehilangan ini kepada perhatian Muslim awam semasa satu daripada khutbahnya dari minbar masjid dalam Medina. Umar dilaporkan menceritakan perkara ini seperti berikut:
Allah menghantar Muhammad (saw) dengan kebenaran dan mewahyukan Kitab Suci kepadanya, dan di antara apa yang Allah wahyukan, adalah rangkap Ayat Rajam dan kita pernah membaca rangkap ayat ini dan memahami serta mengingatkannya. Rasul Allah (saw) pernah menjalankan hukuman Rajam dan begitu juga dengan kami selepasnya. Saya merasa takut lama-kelamaan, ada orang yang akan berkata, 'By Allah, kita tidak ternampak rangkap Ayat Rajam dalam Buku Allah’, dan oleh demikian mereka akan tersesat dengan meniinggalkan satu tanggungjawab yang Allah wahyukan. (Sahih al bukhari, Vol. 8, p. 539).
Di dalam Qur'an pada hari ini, hukuman yang ditetapkan untuk penzina adalah seratus kali dera (Surah 24:2), tiada perbezaan yang dibuat samada mereka sudah berkahwin atau tidak. Umar, bagaimanapun, telah menyatakan dengan jelas bahawa Allah pada mulanya telah mewahyukan satu hukuman Rajam (dilempar batu sehingga mati) untuk penzina. Daripada teks bahasa Arab asal di dalam Sahih Bukhari yang di petik seperti di atas, ia jelas di nampak bahawa Umar sangat yakin bahawa rangkap ini pada mulanya adalah satu daripada bahagian teks Qur'an. Perkataan-perkataan yang penting adalah wa anzala alayhil-kitaaba fakaana mimmaa anzalallaahu aayaatur-rajm, yang bermakna secara nyata dan terus, "dan dia menurunkan Kitab (viz. Qur'an) kepadanya, dan sebahagian daripada apa yang Allah turunkan (ketika itu) adalah rangkap ayat rajam".
Di dalam rekod lain mengenai kejadian ini kita mendapati Umar menambah: "sesungguhnya dalam buku Tuhan, dirajam adalah satu hukuman ke atas lelaki dan perempuan berkahwin yang membuat penzinaan, jika terdapat bukti atau penghamilan itu jelas atau pengakuan telah dilakukan" (Ibn Ishaq, Sirat Rasulullah, p. 684). Kedua-dua rekod tradisi di dalam Sahih Bukhari dan Sirat Ibn Ishaq menyatakan Umar menyebut satu rangkap ayat lain yang kehilangan yang pada satu ketika adalah sebahagian daripada kitabullah (iaitu. Qur'an) yang pernah di baca oleh sahabat-sahabat awal Muhammad, iaitu "wahai orang-orang! Jangan menuntut sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu, kerana ia adalah murtad (disbelief) pada bahagian kamu untuk menuntut sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu yang benar" (Sahih al-Bukhari, Vol. 8, p. 540) .
Di dalam kedua-dua cerita ada sesuatu pendahuluan di mana Umar memberi amaran terhadap sebarang percuba untuk menafikan apa yang dia telah katakan, memperingatkan bahawa sesiapa yang tidak menerima apa yang dia akan dedahkan tidak dibenarkan untuk mendustakannya (iaitu, untuk mengatakan yang dia tidak dedahkannya). Dia sememangnya sangat serius mengenai apa yang dia lakukan dan telah mendugai satu reaksi bermusuhan daripada kaum Muslim generasi kemudian yang tidak sedar akan kehilangan ayat yang, dengan nyatanya, bercanggah dengan perintah dalam Surah 24:2, atau Muhammad pada hakikatnya telah merajam penzina-penzina sampai mati. Muhammad pernah berbuat demikian berdasarkan, dengan jelasnya, daripada hadith yang berikut:
Ibn Shihab melaporkan bahawa seorang lelaki pada masa Rasul Allah (saw) mengakui kepada perbuataan penzinaan dan dia mengakuinya empat kali. Rasul Allah (saw) kemudian berpesan dan dia dirajam" (Muwatta imam Malik, p.350).
Terdapat banyak contoh rekod lain yang serupa di mana Muhammad mengarahkan penzina-penzina dirajam sampai mati. Apakah sebenarnya "Ayat Rajam" itu? Ianya disebut dalam tradisi yang berikut:
Zirr ibn Hubaish melaporkan: "Ubayy ibn Ka'b berkata kepada saya, 'Apakah takat Suratul-Ahzab?' Saya berkata, ‘Tujuhpuluh, atau, tujuh puluh-tiga rangkap baris. Dia berkata, 'Namun demikian, pada satu ketika ianya sepanjang Suratul-Baqarah dan didalamnya kita pernah mengucapkan Ayat Rajam’. Saya berkata, 'Dan apakahnya ayat rajam’? Dia menjawab, 'Penzina-penzina di antara lelaki yang sudah berkahwin (ash-shaikh) dan wanita yang sudah berkahwin (ash-shaikhah), rajamkan mereka sebagai hukuman daripada Allah yang patut dicontohi, dan Allah maha Perkasa dan Bijaksana."' (As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 524).
Sedangkan Qur'an tidak membuat perbezaan dalam Surah 24:2 di antara keadaan penzina-penzina yang telah berkahwin atau yang belum berkahwin (ia cuma memanggil mereka az-zaaniyatu waz-zaanii "wanita dan lelaki yang berzina"), tradisi di atas hanya menyatakan bahawa cuma lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin dan ditangkap dalam perzinaan harus dirajam (makna perkataan yang sebenar adalah "tua" atau lelaki dan perempuan "dewasa", yang bermakna orang yang sudah berkahwin).
Ini telah mengakibatkan banyak perbincangan di dalam tulisan Muslim berkenaan makna rangkap ayat itu. Pengertian yang umum di antara sarjana Muslim generasi awal adalah sebarang bahagian Qur'an yang dibatalkan sama sekali oleh Allah juga dijadikan ianya dilupakan semua sekali (bergantung pada kekuatan Surah 2:106: nansakh . . . aw unsihaa naati "batalkan. . . atau jadikan lupa kepadanya", kedau-dua diambil sebagai satu entiti. Jadi apabila satu rangkap ayat dijumpai tersimpan di dalam ingatan seorang sahabat ketika yang terkemuka seperti Umar, ia di anggap, walaupun teks memang telah dikeluarkan daripada Qur'an, namun demikian pengajaran dan preskripsi didalamnya adalah mengikat sebagai sebahagian daripada sunnah nabi Islam. Dilemma umumnya diselesaikan dengan dugaan bahwa perintah Qur'an untuk menguat-kuasakan seratus jalur kepada perzinaan orang yang belum berkahwin, manakala orang yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan dirajam menurut sunnah. Banyak penyelesaian lain mengenai isu ini telah dicadangkan dan perkara ini telah diperlakukan secara menyeluruh dalam beberapa gubahan kesusasteraan bersejarah Islam.
Kita di sini bukannya berurusan dengan teologi atau implikasi ajaran pembatalan, tetapi cuma dengan penyusunan sebenarnya teks Qur'an sahaja. Soalan di sini adalah, adakah rangkap ayat ini pada satu ketika sebahagian daripada teks Qur'an atau tidak dan, jika ia adalah, kenapa sekarang dibuangkan daripada halamannya? Daripada tradisi-tradisi yang di petik, kita dapat lihat bahawa ianya di anggap oleh Umar sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang asal, tetapi di dalam tradisi yang lain pula kita baca Umar meraguinya:
Zaid ibn Thabit dan Sa'id ibn al-As sedang menuliskan mushaf (naskah bertulis Qur'an) dan apabila mereka tiba ke rangkapayat ini Zaid berkata, "saya terdengar utusan Allah (saw) berkata: ' lelaki dan perempuan dewasa yang berzina, rajamkan mereka sebagai satu hukuman"'. Umar berkata, "Apabila ia diumumkan saya pergi kepada nabi (saw) dan berkata, 'Perlukah saya menulisnya? ‘, tetapi dia kelihatan keberatan." (As-Suyuti, Al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 528).
Hadith ini, walaubagaimanapun, tidak mengira isnadnya (rantainya aliran), mempunyai percanggahan yang nyata dalam kandungannya (matnnya). Ia meletakkanUmar dengan Zaid dan Sa'id ibn al-As pada masa apabila Qur'an disalin oleh kedua-dua orang itu dan, seperti yang diketahui ini berlaku di bawah perintah Uthman jauh lama selepas kematian Umar. Mustahil untuk Umar berbincang dengan mereka. Tidak kira apa jua pun, kebanyakan rekod hadith lain dengan nyata menunjukkan bahawa Umar tidak ragu-ragu bahawa rangkap ayat Rajam pada mulanya adalah sebahagian daripada teks Qur'an dan sebab inilah dia begitu serius untuk menyimpannya.
Ia kerap-kali ditegaskan bahawa rekod hadith sekali-sekala menunjukkan permulaan kewujudan rangkap ayat Rajam kepada seorang sahaja iaitu Umar, oleh demikian membuatkannya bergantung kepada khabar al-wahid, laporan seorang saksi sahaja, dan oleh itu sukar dipercayai. Kemasyhuran seorang saksi itu, walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan dengan begitu ringkas. Dia adalah setanding dengan Umar ibn al-Khattab, seorang daripada sahabat-sahabat awal Muhammad yang terkenal, yang melaporkan kewujudan rangkap ayat yang dia dakwa di terima secara terus daripada Muhammad sendiri dan, apabila laporan sebegini diberikan pada masa pemerintahannya sebagai Khalifah seluruh masyarakat Muslim, ia tidak boleh diabaikan atau dipertimbangkan dengan ringan.
Tidak kira apa jua pun penulis moden Muslim, yang berhasrat untuk tidak mempercayai bahkan sedikit kemungkinan bahawa apa-apa yang pada mulanya diwahyukan sebagai sebahagian daripada Qur'an tetapi sekarang telah tertinggal daripadanya walau apa pun alasanya, bertujuan untuk menolak dakwaan bahawa rangkap ayat Rajam pernah menjadi seahagian daripada Qur'an. Siddique, misalannya, tidak dapat mengetepikan rekod-rekod itu, mendakwa bahawa Umar telah membuat kesilapan! Di dalam ulasannya mengenai rangkap ayat Rajam dia berkata, "Berkenaan dengan 'Umar (ra) kita tahu bahawa dia seorang mujtahid yang agung, tetapi dia juga membuat kesilapan yang terbukti di dalam hadith" (Al-Balaagh, op, cit., p. 2). Atas alasan apa seorang penulis Muslim abad kedua-puluh menuduh Khalifah agung Islam, Umar ibn al-Khattab, berkenaan sesuatu yang dia alami sendiri secara terus daripada Muhammad apabila dia masih hidup? Tidak ada alasan lain kecuali pendedahan Umar menjejaskan sentimen Muslim popular bahawa Qur'an terpelihara dengan sempurnanya tanpa sebarang perubahan atau kehilangan
Dia terus mendakwa, seperti sarjana-sarjana lain, bahawa Uthman bukan bercakap mengenai Qur'an apabila dia bercakap mengenai perintah penzina-penzina dirajam sebagai sebahagian daripada "Buku Allah" (kitabullah), tetapi melainkan Tawraat kerana Muhammad dikatakan di dalam sesetengah rekod hadith pernah merajam orang Yahudi yang melalukan perzinaan menurut preskripsi undang-undang mereka sendiri. Walaubagaimanapun, rekod hadith dengan terang mencatatkan bahawa Umar mendakwa rangkap ayat itu diwahyukan kepada Muhammad dan dia sendiri berhasrat untuk menuliskannya ke dalam kitab Allah jikalau bukan kerana sesetengah orang yang akan mendakwa dia menambahkan kepadanya. Dia direkodan berkata:
"Berhati-hati supaya kamu tidak melupakan rangkap ayat rajam dan berkata: Kita tidak menjumpainya di dalam Kitab Allah; Rasul Allah (AS) telah memerintahkan rajam dan kita juga melaksanakannya selepas dia. Atas Tuhan yang memeegang jiwa saya, jika orang tidak mentuduh saya menambahkan kepada Kitab Allah, saya akan menyalin ini kedalamnya: Ash-shaikhu wash-shaikhatu ithaa zanayaa faarjumuu humaa. Kita telah membaca rangkap ayat ini". (Muwatta imam Malik, p. 352).
Sedangkan rangkap ayat itu dikatakan diwahyukan kepada Muhammad seperti yang dinyatakan di dalam rekod hadith lain, ianya tidak munasabah bagaimana Umar boleh bercadang untuk menulisnya ke dalam Tawraat! Kejahilan Khalifah Umar tentang bahasa Ibrani harus diberikan pertimbangan juga!
Desai bercanggah dengan Siddique dengan mengakui secara bebas bahawa rangkap ayat rajam memang adalah sebahagian daripada teks asal Qur'an tetapi, secara sewenang-wenangnya perihal semua teks yang dikatakan sekarang telah hilang daripada Qur’an, dia mendakwa ia telah batalkan (The Quraan Unimpeachable, p. 48). Oleh kerana kewujudannya telah dipelihara dan rekod-rekod lain mengenai hukuman yang diperintahkan oleh Muhammad ke atas perzina-penzina juga diturunkan melalui teks hadith, dia menyatakan bahawa ia adalah satu daripada mansukhut tilawah, iaitu teks di mana bacaannya telah dibatalkan tetapi undang-undang yang dijelaskan didalamnya masih di simpan (op. cit.). Dia mengatakan rangkap ayat begini, adalah tidak sama seperti teks Qur'an lain di mana bacaannya telah di simpan tetapi undang-undang yang dikandungi (hukm, "akibat") telah dibatalkan dan dimansukhkan.
Penulis seperti Siddique serta-merta menyedari kelemahan alasan sebegini dan kelemahan Qur'an kepada tuduhan bahawa ia sedang mengalami beberapa perubahan ganjil di dalam perkembangan teksnya dan ajarannya semasa pemberiannya. Cuma penulis konservatif yang mudah mempercayai segala-galanya seperti Desai boleh gagal mengenali bahawa ajaran mansukh, dalam beberapa bentuknya, melemahkan dengan sengaja ketulenan seluruh teks Qur'an hari ini. Walaubagaimanapun, tidak ada sebarang peristiwa di dalam ucapan Umar pada mimbar hari itu yang mencadangkan bahawa ayatur-rajm pernah dibatalkan. Pernyataan beraninya bahawa dia akan menulisnya ke dalam Qur'an jika bukan kerana tuduhan yang dia mengubah teks Quran, adalah bukti nyata bahawa dia menganggap petikan itu sah dan ketinggalannya daripada Qur'an adalah sesuatu yang dikesali. Walaupun dia tidak berharapan untuk memujuk masyarakat Muslim untuk menempatkannya kembali ke dalam teks (terutama jika ia membentuk sebahagian daripada seluruh seksi yang hilang), dia bertekad untuk mengumumkan dan menentukan kewujudannya sebagai sebahagian daripada Qur'an asal yang disampaikan kepada Muhammad.
Ajaran pembatalan kerap kali telah ditunjukkan sebagai satu penerangan yang lemah tentang kehilangan teks yang tertentu daripada Qur'an. Satu contoh yang baik boleh di dapati dalam satu hadith selanjutnya yang dilaporkan dengan luasnya dan yang menyatakan bahawa Qur'an pada mulanya mengandungi satu hukum melarangkan perkahwinan di antara dua orang yang disusui oleh wanita yang sama. Tradisi ini berbunyi seperti berikut:
A'isha (ra) nelaporkan ia diwahyukan di dalam Qur'an bahawa sepuluh bayi yang menyusu menjadikan perkahwinan itu haram, kemudian ia dimansukhkan oleh lima bayi menyusu dan Rasul Allah (saw) mati dan sebelum masa itu, ia dijumpai di dalam Qur'an. (Sahih Muslim, Vol. 2, p. 740).
Ia dinyatakan dengan jelas bahawa pada asalnya Qur'an mengandungi satu rangkap ayat melarangkan perkahwinan di antara dua orang yang disusui oleh wanita yang sama sekurang-kurangnya sepuluh kali. Ayat ini kemudian dimansukhkan dan digantikan dengan yang satu lagi, yang menghadkan nombor itu kepada lima. Dimanakah rangkap ayat ini di dalam Qur'an? Ia juga kehilangan - adakah ia juga telah dimansukhkan? Jika begitu , apa yang mengambil tempatnya? Ia adalah dalam tradisi seperti ini bahawa ajaran mansukh ditunjukkan sebagai sangat lemah apabila analisasi yang lebih teliti dijalankan.
Satu ayat naskh, dikatakan telah menggantikan rangkap ayat mansukh. Tetapi di dalam kes ini yang naskh telah menjadi mansukh pula! Penerangan yang lebih munasabah mesti dicari. Ia seolah-olah, semasa riwayatnya, Muhammad memang mengisytiharkan beberapa petikan yang tertentu telah dimansukhkan oleh petikan-petikan lain, tetapi dari contoh-contoh yang kita telah pelajari, kadang-kala rangkap ayat yang asal tertinggal daripada bacaan Qur'an apa jua alasan itu –ianya diketepikan, dilupakan, digantikan, dll. - dan selepas kematian Muhammad ia menjadi perkara mudah untuk mengetepikan peninggalan rangkap ayat dengan alasan pembatalan illahi. Di dalam kebanyakan kes, terutama sekali apa yang kita telah pelajari, ada bukti-bukti bahawa mereka ditinggalkan atas sebab-sebab lain dan tidak ada hadith berkaitan yang menerangkan pembatalan mereka.
Bab ini telah cukup menjelaskan dengan contoh-contoh bahawa Qur'an pada hari ini adalah tidak lengkap. Banyak rangkap ayat individu, dan kadang-kala seluruh karangan, yang dikatakan pada satu ketika membentuk sebahagian daripada teks asal dan percubaan untuk mengelakkan implikasi dengan mencadangkan bahawa semua karangan ini telah dibatalkan cuma kerana mereka kehilangan daripada teks standard Qur’an tidak dapat mengatasi masalah terutama yang dihadapi Muslim yang mendakwa Qur'an dipelihara dengan sempurna. Teksnya pada hari ini memang tidak dapat dengan ikhlasnya, di anggap oleh masyarakat Muslim sebagai satu replika tepat "Lauhul Mahfuzh" (batu bersurat) di syurga dari mana ia dikatakan semuanya telah disampaikan kepada Muhammad. Walaupun ianya tidak dapat ditunjukkan bahawa unsur-unsur lain telah ditambahkan ke dalam teks, kebanyakan apa yang terkandung pada permulaan nyata telah kehilangan daripadanya sekarang dan, dalam perbandingan dengan sangkaan yang asal di syurga, ia tidak boleh di anggap sebagai sempurna dan lengkap.
Desai menggunakan ajaran mansukh untuk mengetepikan kehilangan beberapa ayat penting daripada teks Qur'an dan oleh kerana itu, dia cuba untuk memelihara sangkaan bahawa Qur'an pada hari ini adalah setepat seperti yang Allah cadangkan untuknya. Bagaimanapula dia dapat mengetepikan bacaan-bacaan berlainan daripada naskah-naskah awal Qur'an sebelum Uthman memerintah kesemuanya dibakar kecuali satu? Biarlah kita di dalam bab berikutnya, memeriksa alasannya dan menyiasat mengenai ajaran tujuh bacaan Qur'an yang berbeza.