< Hari 23 : Zabur bab 107 >

Ucaplah syukur kepada Allah kerana kebaikan-Nya;
Kerana kemurahan-Nya yang kekal selama-lamanya.

Lafazkanlah oleh sekalian yang ditebus Allah,
Yang telah ditebus-Nya dari tangan seterunya,
Dan yang dihimpunkan-Nya dari segala negeri,
Dari timur dan barat,
Dari utara dan selatan.

Mereka telah mengembara kesepian di belantara,
Dan tidak dedapatinya sebuah kota pun untuk didiami,
Maka laparlah mereka serta dahaga,
Sehingga jiwanya letih lesu.

Maka berteriaklah mereka kepada Allah dalam kesesakannya
Lalu dilepaskan-Nya daripada segala kesukarannya.

Dan dibawa-Nya mereka ke jalan yang lurus,
Supaya sampai ke kota untuk didiami
Wajarlah manusia memuji Allah kerana kemurahan-Nya,
Dan kerana segala perbuatan ajaib-Nya untuk anak Adam!

Kerana dipuaskan-Nya hati yang rindu,
Dan hati yang lapar dikenyangkan-Nya
dengan kebajikan.

 

Bersyukurlah kepada Allah kerana melepaskanmu dan isytiharkan kebaikan-Nya.

 

 

Undur | Mara | Indeks