< Hari 29 : Zabur bab 139 >

Ya Allah, Engkau telah menyelidik dan mengetahui diriku.

Engkau juga mengetahui duduk bangunku,
Engkau mengerti segala fikiranku dari jauh.

Engkau menelitiku berjalan-jalan atau berbaring,
Engkau telah mengenal segala jalanku.

Tiadalah sepatah perkataan di lidahku,
Melainkan Engkau mengetahuinya, ya Allah.

Engkau telah meliputikan di belakang dan di hadapan;
Engkau telah menyentuhkanku.

Pengetahuan yang demikian telalu ajaib bagiku,
Terlalu tinggi, tidak dapat kujangkau.

Ke mana dapat kujauhkan diri daripada Roh-Mu?
Ke mana dapat aku lari dari hadrat-Mu?
Jika aku naik ke langit, di sanalah Engkau;
Jika kubentangkan tilamku di alam maut, di sanalah Engkau.

Jikalau kuangkat sayap fajar,
Lalu duduk di hujung laut,
Di sana juga Engkau akan memimpinku,
Kudrat-Mu akan meneguhkanku.

 

Allah mengenali kita lebih daripada siapa sahaja dan menyayangi kita walau apapun kelemahan kita.

 

 

Undur | Mara | Indeks