< Hari 2 : Zabur bab 9 >
Akan kupuji Engkau, ya Allah, dengan sebulat hatiku,
Akan kuceritakan segala perbuatan ajaib-Mu,
Aku akan sukacita dan bahagia dengan-Mu;
Akan kunyanyikan pujian terhadap nama-Mu, Allah Maha Tinggi.
Ketika seteruku undur, mereka rebah dan musnah di hadapan hadrat-Mu,
Kerana Kau telah meredai hakku dan perjuanganku;
Kau di atas Arasy, menghakimi dalam kebenaran;
Kau telah memurkai orang luaran, membinasakan orang durjana,
Kau telah menghapuskan nama mereka selama-lamanya.
Wahai seteru, pembinasaan telah berakhir abadi;
Dan engkau telah memusnahkan kota-kota bersama peringatannya,
Tetapi Allah kekal selama-lamanya.
Dia telah melengkapi Arasy-Nya untuk penghakiman;
Dia akan menghakimi dunia dalam kebenaran,
Dia akan menghakimi manusia dalam keadilan.
|