< Hari 3 : Zabur bab 18 >
Siapakah Tuhan melainkan Allah?
Dan siapa batu perkasa melainkan Tuhan kita?
Dialah Tuhan yang melengkapiku dengan kekuatan,
Dan yang menyempurnakan jalanku.
Dijadikan-Nya kakiku laksana kaki kijang;
Dan didirikan aku di tempatku yang tinggi.
Maka tanganku diajar-Nya berperang,
Sehingga lenganku dapat melentur busur tembaga.
Engkau telah mengurniaiku perisai penyelamatan-Mu,
Kudrat-Mu telah meneguhkanku,
Dan kemurahan-Mu telah membesarkanku.
Engkau telah meluaskan tempat jejakanku,
Agar kakiku tidak tergelincir.
Telah kuusir segala seteruku dan kudapatkan;
Dan tidaklah aku pulang sehingga sekaliannya musnah,
Telah kutikam mereka sehingga tidak terdaya bangkit lagi.
Sekaliannya telah rebah di bawah kakiku,
Kerana Engkau telah melengkapiku dengan kekuatan untuk berperang,
Dan telah menaklukkan kepadaku segala lawanku.
|