< Hari 5 : Zabur bab 27 >

Allah cahayaku dan penyelamatku;
Maka siapakah yang harus kutakuti?

Allah kekuatan hidupku;
Maka siapakah yang harus aku gentar?

Ketika orang durjana mendatangiku untuk membaham dagingku,
Iaitu segala lawan dan seteruku,
Semuanya tersandung lalu jatuh.

Tidaklah gerun hatiku.
Walaupun aku diperangi,
Dengan ini aku tetap yakin.

Satu perkara telah kupohon daripada Allah, itulah yang akan kutuntut,
Iaitu aku akan tinggal di rumah Allah seumur hidupku,
Dan akan menyaksikan keagungan Allah,
Dan berijtihad di hadrat kudus-Nya.


Janganlah gentar, Allah akan bersamamu.

 

 

Undur | Mara | Indeks