< Hari 6 : Zabur bab 32 >
Berbahagialah orang yang telah diampuni kesalahannya, dan tutupi dosanya.
Berbahagialah orang yang tidak ditanggungkan Allah kejahatan ke atasnya,
Dan tiada tipu daya dalam jiwanya.
Ketika aku berdiam diri, telah hauslah tulang-tulangku oleh raungku sepanjang hari.
Kerana siang malam tangan-Mu berat di atasku,
Dan tenagaku tandus laksana kemarau musim panas.
Maka kuakui dosaku kepada-Mu, dan tidak kusembunyikan kemungkaranku:
Kataku, "Aku akan mengaku segala kesalahanku kepada Allah."
Lalu Kauampuni kemungkaran dosaku.
Maka hendaklah setiap orang yang beriman berdoa
kepada-Mu sewaktu Kau boleh dijangkaui.
Sesungguhnya ketika banjir besar
Aku tidak akan ditimpanya.
Engkaulah tempat aku berlindungan;
Engkau akan memeliharakan aku daripada bencana;
Engkau akan mengelilingiku dengan nyanyian penyelamatan.
|